Sunday, June 21, 2009

Catatan Kenangan Hari keluarga Pulau Kapas 08

Perancangan program ini bermula seawal tahun 2008 lagi dengan penubuhan AJK Hari Keluarga KK Balok 08. Bermula dengan pemilihan tempat dengan beberapa lokasi di cadangkan antaranya Cherating, Pantai Balok dan Taman Pertanian Kuantan. Akhirnya Pulau Kapas menjadi pilihan dan menetapkan program ini di adakan pada 17 dan 18 mei 2008.

Peserta bertolak ke Marang dari KK Balok secara berkonvoi pada pagi 17 mei 08. Tiba di jeti Marang sekitar pukul 11 pagi dan
Gambar:Mentari terbit di Pantai Beserah
ketika kami mula bertolak ke Marang.
berlepas ke Pulau Kapas dengan 3 buah bot dan satu bot laju secara bergilir. Oleh kerana ombak agak kuat, bot tidak dapat merapati pantai. Kami terpaksa di daratkan di jeti yang agak jauh daripada Chalet Makcik Gemuk tempat penginapan kami. Terpaksalah kami menapak. Lebih menderita bila kami terpaksa menunggu untuk 'check in' tidak seperti di janjikan.

Kami di benarkan check in lebih kurang pukul 2 petang. Program petang bermula dengan minum petang, aktiviti sukaneka kanak-kanak, rebut kerusi, tarik tali dan membina istana pasir. Sebelah malam peserta solat berjamaah di ikuti tazkirah oleh Ustaz Yusof daripada Irsyad Trainning & Consultant. Selepas solat isyak, kami berjamu selera dengan BBQ ,acara keluarga dan cabutan bertuah.
Keesokannya pada keheningan dinihari program bermula dengan qiamulail di pimpin oleh Ustaz Yusof, solat subuh dan kuliah Gambar: En Zaidi menunggu ketibaan
bot terakhir di jeti Pulau Kapas.
subuh. Mungkin terlalu keletihan, kehadiran peserta berkurangan.Jam 7 pagi acara senaman pagi di jalankan di ketuai oleh En Zaidi. Selepas sarapan pagi, kami bersiap untuk belayar 'pusing pulau'. Bagi mereka yang tidak biasa dengan kehidupan laut, ia merupakan pengalaman yang menarik.
Selepas 'island tour' acara di teruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang.

Gambar: En Sayuti dan pasangan membina istana pasir
Ketika bersiap untuk bertolak pulang selepas zohor, cuaca menunjuk 'mood' kurng baik. Langit mula muram dan ombak bersuara garang.
Sebelum berlepas, tekong bot menasihati kami supaya memakai 'life jacket' dan duduk tetap di kerusi walau dalam keadaan apa pun. 4 buah bot yang membawa kami bertolak secara konvoi sebagai langkah keselamatan.
Kami AJK program terpaksa menunggu bot terakhir untuk mempastikan para peserta berlepas dengan selamat. Maka bermulalah episod yang mencemaskan dengan lambungan ombak membuat bot kami seperti sabut tengah lautan. Tapi yang hairannya dalam penulis tak cukup doa nak di baca, anak Dr Samsul dan beberapa kanak-kanak kelihatan seronok setiap kali ombak menghempas bot...kena cari petua ni. Mujurlah dalam bot penulis nak ni, ramai penguat semangat ada sekali termasuk Ustaz Yusof.
Alhamdulillah, selepas lebih setengah jam bergelora laut dan jiwa, kesemua kami selamat tiba di jeti Marang. Dari sini kami berpisah ke distinasi masing-masing.












Wednesday, May 27, 2009

semua di jemput hadhir

Friday, April 10, 2009

Pahit-Manis 2008


Pada tengahari Jumaat 16.05.2008 ambulan Klinik Balok telah kemalangan di simpang tiga berhampiran Stesen Minyak Mobil, Beserah.

Ketika insiden ini berlaku, ambulan sedang membawa seorang pesakit wanita dan seorang kakitangan pengiring ke HTAA. Mengikut maklumat, ambulan ini telah terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari arah Kampung Beserah lalu terus melanggar tiang lampu isyarat.

Bersyukur, dalam kejadian ini petugas dan pesakit tidak mengalami kecederaan serius, manakala pemandu kenderaan awam telah cedera dan di rujuk ke Hospital.Kami ,warga Klinik Kesihatan Balok menerima berita ini agak terkejut lebih-lebih lagi pada esoknya 17.05.08 kami akan bertolak ke Pulau Kapas untuk program Hari Keluarga 2008. Seterusnya coretan Hari Keluarga 2007 dan 2008 pada slot berikutnya.

Saturday, February 14, 2009

Lokasi Klinik Kesihatan Balok

Jika melalui jalan utama dari Pekan Balok menuju ke Kuantan, lebih kurang 200 meter kita akan bertemu sebuah masjid disebelah kiri, ia itu masjid Balok yang berkubah hijau. Terdapat satu simpang membelok ke kiri betul betul didepan masjid tersebut. Pandu masuk terus ke depan dan lebihkurang jarak 150 meter kita akan bertemu satu simpang empat, terus membelok ke kanan.

Disini akan akan bertemu pintu masuk Klinik Kesihatan Balok. Dibawah ini adalah gambar kedudukan klinik tersebut dari pandangan udara.

Image Hosted by UploadHouse.com

Friday, February 6, 2009

Imbas kembali hari keluarga 2008

Pada 17-18 Mei tahun lalu, pihak Klinik Kesihatan Balok, Kuantan, Pahang telah mengadakan "Hari Keluarga" di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Program tersebut dihadiri lebih 100 kakitangan beserta ahli keluarga masing-masing. Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya sukaneka, pertandingan membina istana pasir, BBQ. Qiamullail, kuliah agama dan lain-lain.

Pihak Kelinik Kesihatan Kecil Balok telah menjemput Ustaz Yusof dari IRSYAD Traning & Consultancy Kemaman, untuk mengisi beberapa slot program seperti kuliah magrib dan subuh serta memimpin program Qiamullail dan zikir munajat.

Program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan ahli keluarga mereka berjaya mencapai matlamatnya.

Di samping aktiviti jasmaniah, pihak penganjur juga tidak melupakan aspek pengisian rohaniah melalui program di atas.

Dalam kuliah yang diadakan, banyak disentuh tentang hal-hal keimanan dalam kehidupan, ibu bapa sebagai contoh teladan dalam pendidikan anak-anak, konsep kerja sebagai ibadah dan sebagainya. Semoga di majlis majlis begini yang akan datang, lebih berjaya lagi dengan pelbagai pengisian yang baik baik disamping penerapan penerapan nilai rohani yang di kombinasikan dengan pgrogram yang bakl di adakan nanti, insya Allah.

Sebenar nya cerita cerita atau kesah dalam pertemuan itu, masih banyak lagi yang tak di garapkan bersama ini dan mungkin para peserta yang turut bersama sama dahulu lebih banyak mengetahui suasana nya atau pahit manis ketika berada di pulau itu. Pelbagai kenangan dan pengajaran buat kita sebagai perkongsian dan tauladan bersama.

Dalam perjalanan pulang dari pulau ke jeti, kami melalui saat-saat yang mendebarkan kerana laut berombak agak kuat. Perjalanan setengah jam itu dirasakan amat lama dan bagi mereka yang tak biasa melalui pengalaman sebegitu, ia amat mencemaskan!

Namun alhamdulillah, kami selamat sampai ke jeti dan terus bertolak pulang ke destinasi masing-masing dengan kenangan yang sukar dilupakan.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk penganjur, anggota anggota yang hadir, Ustaz Yusof dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini serta jika berkesempatan dapatlah kita semua merealkan majlis majlis riadhah seperti ini di masa masa akan datang.

- ehsan Irsyad Traning & Consultancy

;;