Sunday, June 21, 2009

Catatan Kenangan Hari keluarga Pulau Kapas 08

Perancangan program ini bermula seawal tahun 2008 lagi dengan penubuhan AJK Hari Keluarga KK Balok 08. Bermula dengan pemilihan tempat dengan beberapa lokasi di cadangkan antaranya Cherating, Pantai Balok dan Taman Pertanian Kuantan. Akhirnya Pulau Kapas menjadi pilihan dan menetapkan program ini di adakan pada 17 dan 18 mei 2008.

Peserta bertolak ke Marang dari KK Balok secara berkonvoi pada pagi 17 mei 08. Tiba di jeti Marang sekitar pukul 11 pagi dan
Gambar:Mentari terbit di Pantai Beserah
ketika kami mula bertolak ke Marang.
berlepas ke Pulau Kapas dengan 3 buah bot dan satu bot laju secara bergilir. Oleh kerana ombak agak kuat, bot tidak dapat merapati pantai. Kami terpaksa di daratkan di jeti yang agak jauh daripada Chalet Makcik Gemuk tempat penginapan kami. Terpaksalah kami menapak. Lebih menderita bila kami terpaksa menunggu untuk 'check in' tidak seperti di janjikan.

Kami di benarkan check in lebih kurang pukul 2 petang. Program petang bermula dengan minum petang, aktiviti sukaneka kanak-kanak, rebut kerusi, tarik tali dan membina istana pasir. Sebelah malam peserta solat berjamaah di ikuti tazkirah oleh Ustaz Yusof daripada Irsyad Trainning & Consultant. Selepas solat isyak, kami berjamu selera dengan BBQ ,acara keluarga dan cabutan bertuah.
Keesokannya pada keheningan dinihari program bermula dengan qiamulail di pimpin oleh Ustaz Yusof, solat subuh dan kuliah Gambar: En Zaidi menunggu ketibaan
bot terakhir di jeti Pulau Kapas.
subuh. Mungkin terlalu keletihan, kehadiran peserta berkurangan.Jam 7 pagi acara senaman pagi di jalankan di ketuai oleh En Zaidi. Selepas sarapan pagi, kami bersiap untuk belayar 'pusing pulau'. Bagi mereka yang tidak biasa dengan kehidupan laut, ia merupakan pengalaman yang menarik.
Selepas 'island tour' acara di teruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang.

Gambar: En Sayuti dan pasangan membina istana pasir
Ketika bersiap untuk bertolak pulang selepas zohor, cuaca menunjuk 'mood' kurng baik. Langit mula muram dan ombak bersuara garang.
Sebelum berlepas, tekong bot menasihati kami supaya memakai 'life jacket' dan duduk tetap di kerusi walau dalam keadaan apa pun. 4 buah bot yang membawa kami bertolak secara konvoi sebagai langkah keselamatan.
Kami AJK program terpaksa menunggu bot terakhir untuk mempastikan para peserta berlepas dengan selamat. Maka bermulalah episod yang mencemaskan dengan lambungan ombak membuat bot kami seperti sabut tengah lautan. Tapi yang hairannya dalam penulis tak cukup doa nak di baca, anak Dr Samsul dan beberapa kanak-kanak kelihatan seronok setiap kali ombak menghempas bot...kena cari petua ni. Mujurlah dalam bot penulis nak ni, ramai penguat semangat ada sekali termasuk Ustaz Yusof.
Alhamdulillah, selepas lebih setengah jam bergelora laut dan jiwa, kesemua kami selamat tiba di jeti Marang. Dari sini kami berpisah ke distinasi masing-masing.












0 comments: