Friday, February 6, 2009

Imbas kembali hari keluarga 2008

Pada 17-18 Mei tahun lalu, pihak Klinik Kesihatan Balok, Kuantan, Pahang telah mengadakan "Hari Keluarga" di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Program tersebut dihadiri lebih 100 kakitangan beserta ahli keluarga masing-masing. Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya sukaneka, pertandingan membina istana pasir, BBQ. Qiamullail, kuliah agama dan lain-lain.

Pihak Kelinik Kesihatan Kecil Balok telah menjemput Ustaz Yusof dari IRSYAD Traning & Consultancy Kemaman, untuk mengisi beberapa slot program seperti kuliah magrib dan subuh serta memimpin program Qiamullail dan zikir munajat.

Program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan ahli keluarga mereka berjaya mencapai matlamatnya.

Di samping aktiviti jasmaniah, pihak penganjur juga tidak melupakan aspek pengisian rohaniah melalui program di atas.

Dalam kuliah yang diadakan, banyak disentuh tentang hal-hal keimanan dalam kehidupan, ibu bapa sebagai contoh teladan dalam pendidikan anak-anak, konsep kerja sebagai ibadah dan sebagainya. Semoga di majlis majlis begini yang akan datang, lebih berjaya lagi dengan pelbagai pengisian yang baik baik disamping penerapan penerapan nilai rohani yang di kombinasikan dengan pgrogram yang bakl di adakan nanti, insya Allah.

Sebenar nya cerita cerita atau kesah dalam pertemuan itu, masih banyak lagi yang tak di garapkan bersama ini dan mungkin para peserta yang turut bersama sama dahulu lebih banyak mengetahui suasana nya atau pahit manis ketika berada di pulau itu. Pelbagai kenangan dan pengajaran buat kita sebagai perkongsian dan tauladan bersama.

Dalam perjalanan pulang dari pulau ke jeti, kami melalui saat-saat yang mendebarkan kerana laut berombak agak kuat. Perjalanan setengah jam itu dirasakan amat lama dan bagi mereka yang tak biasa melalui pengalaman sebegitu, ia amat mencemaskan!

Namun alhamdulillah, kami selamat sampai ke jeti dan terus bertolak pulang ke destinasi masing-masing dengan kenangan yang sukar dilupakan.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk penganjur, anggota anggota yang hadir, Ustaz Yusof dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini serta jika berkesempatan dapatlah kita semua merealkan majlis majlis riadhah seperti ini di masa masa akan datang.

- ehsan Irsyad Traning & Consultancy

0 comments: